Saturday, February 9, 2013

Travelog Hijrahku: Mencari Cahaya Ilahi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ




Ujian Jambatan Syurga Ilahi

Masuk tahun ini, sudah 13 tahun peristiwa hitam dalam hidupku berlalu dalam kronologi norma kehidupan yang kulalui. Kisah penceraian ibubapaku tidak mungkin kulupakan hingga akhir hayatku. Perpisahan ibubapa merupakan kisah yang pedih dan perih bagi seorang anak yang sentiasa mengimpikan keluarga bahagia yang indah dan damai disamping mempelajari gaya hidup Islam yang penuh dengan ketenangan dan rahmat dari Ilahi.

Namaku Azman, dan biasa dengan panggilan Man, dan kadang-kadang sering tersalah pandang, kerana terlalu ramai orang yang bernama Man, seringkali aku tersengih sendirian, berasa lucu dengan diri sendiri. Waktu penceraian ibubapaku berlaku, aku berumur 7 tahun, adikku yang kedua, Awin, berumur 4 tahun dan adikku yang ketiga, Ain, berumur setahun. Saat itu, Ain masih lagi inginkan susu dari ibunya.

Selepas kes penceraian ibu dan bapaku, aku dan kedua-dua adikku dijaga oleh nenekku dikampung. Abahku pula, perlu terus tinggal dirumah lama, untuk terus bekerja mencari rezeki buat kami sekeluarga. Kami terus diarah untuk ditukarkan ke sekolah berdekatan dengan rumah nenekku. Nasibku baik, kerana sekolah tersebut tidak jauh dari rumah nenekku, hanya 100 meter dihadapan, maklumlah sekolah dalam taman perumahan. Hatiku mengucap,

“Alhamdulillah, sekolah tak jauh dari rumah, jalan kaki pun boleh.”

Masa berlalu dengan begitu pantas, sedar-sedar sahaja aku sudahpun berumur 15 tahun, tahun ini aku bakal menduduki peperiksaan PMR. Sudah hampir 8 tahun, aku tidak bertemu dengan ibuku dan aku tidak tahu bagaimana untuk menghubungi ibuku. Tiba-tiba Abah pulang kekampung dan memberitahu bahawa ibuku ada menghubungi abahku, bertanya khabarku dan adik-adik. Hatiku melompat-lompat keriangan, berbunga-bunga seperti kera mendapat bunga. Yelah, sudah lama tidak bertemu ibu tercinta.

Saturday, February 2, 2013

Syukur dan Sabar Mengukir Senyuman

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


Syukur dan Sabar

Dalam kehidupan manusia, dari lahir seseorang itu hinggalah tiba ajalnya memang tidak lekang dek cabaran dan ujian yang sentiasa mendatang, menguji dalam waktu susah ataupun senang.

Kadangkala, ada diantara kita yang mengeluh, marah dan berputus asa dalam menghadapi cabaran dan ujian tersebut. Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata:

“Susahla, hidup macam ni”

“Habislah, aku kali ni”

Sering kali, kita merdengar ungkapan diatas yang menjadi siulan apabila musibah menimpa diri. Kita harus sedar dan faham bahawa cabaran dan ujian kehidupan itu datangnya dari ALLAH SWT. Oleh itu, kita harus bersyukur dan bersabar kerana ALLAH masih memerhatikan kita dengan memberikan cabaran dan ujian dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan liku-liku kesusahan dan dugaan. Semua itu ingin menguji kehambaan kita kepadaNya.

ALLAH SWT berfirman;

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” [QS Al-Ankabut, 29:2-3]

Begitu juga dalam sabda Rasullullah SAW, 

Sekiranya ALLAH menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, ALLAH akan mengujinya dengan kesusahan”. (HR Al - Bukhari)

Saya tertarik dengan kata-kata Dr. MAZA,