Saturday, February 2, 2013

Syukur dan Sabar Mengukir Senyuman

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


Syukur dan Sabar

Dalam kehidupan manusia, dari lahir seseorang itu hinggalah tiba ajalnya memang tidak lekang dek cabaran dan ujian yang sentiasa mendatang, menguji dalam waktu susah ataupun senang.

Kadangkala, ada diantara kita yang mengeluh, marah dan berputus asa dalam menghadapi cabaran dan ujian tersebut. Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata:

“Susahla, hidup macam ni”

“Habislah, aku kali ni”

Sering kali, kita merdengar ungkapan diatas yang menjadi siulan apabila musibah menimpa diri. Kita harus sedar dan faham bahawa cabaran dan ujian kehidupan itu datangnya dari ALLAH SWT. Oleh itu, kita harus bersyukur dan bersabar kerana ALLAH masih memerhatikan kita dengan memberikan cabaran dan ujian dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan liku-liku kesusahan dan dugaan. Semua itu ingin menguji kehambaan kita kepadaNya.

ALLAH SWT berfirman;

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” [QS Al-Ankabut, 29:2-3]

Begitu juga dalam sabda Rasullullah SAW, 

Sekiranya ALLAH menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, ALLAH akan mengujinya dengan kesusahan”. (HR Al - Bukhari)

Saya tertarik dengan kata-kata Dr. MAZA,


Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar… ada makanan yang sedap… tentulah hidup dia bahagia dan tenang… Belum tentu!

Tidak semestinya, orang yang kaya itu bahagia hidupnya dan tidak mempunyai cabaran dan ujian. Setiap peringkat dan darjat manusia, ada sahaja cerita dan nukilan cabaran, ujian dan musibah dari setiap mereka, cuma bagaimana mereka mencari solusi dan menyelesaikan cabaran dan ujian tersebut dengan tenang dan ikhlas.

Ayuh, muhasabah diri kita.

Ujian itu bukannya untuk disesali atau ditangisi,

tapi ujian itu perlu dihadapi dengan keimanan yang sihat.

Oleh itu sahabatku, bersabarlah bila diuji.

Senyuman

Tentu sahabat tertanya-tanya, bagaimana pula syukur dan sabar boleh terukir dalam keharmonian senyuman. InsyaALLAH, hati yang ikhlas bersyukur dan bersabar, readha dengan ketentuan Ilahi, pasti akan tersenyum atas setiap musibah dan dugaan yang dilaluinya, manakala hati yang tersenyum ini akan membuatkan tuan empunya hati tersebut, sentiasa tersenyum seperti tiada masalah yang berlaku.

Senyuman juga mempunyai aura kehebatannya yang tersendiri, tanpa kita sedari orang lain akan mudah untuk berdamping dan bersahabat dengan kita, mereka berasa selesa dan aman dengan kita apabila mereka melihat kita sentiasa tersenyum.

“Akhi, ana selesa la duduk dengan anta lebih-lebih lagi bila melihat senyuman anta, membuatkan keadaan sekeliling sangat mudah mendekati anta”

Senyuman juga merupakan satu ibadah, dimana senyuman itu adalah sedekah.

Rasulullah SAW bersabda;

Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Akhir nukilan ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan sahabat untuk bersyukur dan bersabar dalam menghadapi segala musibah dan dugaan. InsyaALLAH, dengan syukur dan sabar itu terukir senyuman yang merupakan satu sedekah buat diri kita dan orang sekeliling, agar lebih ramai yang ingin bersahabat dengan kita dan kurang atau tiada yang inigin bermusuh dengan kita. InsyaALLAH, walaupun senyuman nampak mudah, namun senyuman merupakan amal ibadah yang tidak boleh diremehkan.

Rasulullah SAW bersabda; 

“Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim).

Mohamad Ariffin Zulkifli
18:23 | Feb 02, 2013
USJ 1, Selangor, MY | Malaysia
- Ikhlas Senyuman kerana ALLAH -

No comments:

Post a Comment

Komen dan kritikan membina amat dialu-alukan