Saturday, May 4, 2013

Aplikasi Semakan Mutaba’ah bagi Pengguna Android

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ



Alhamdulillah sahabat sekalian, mari kita sama-sama mengucapkan kesyukuran yang setinggi-tingginya kepada ALLAH SWT, kerana kita masih diberi peluang untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari dalam mengejar misi utama kita, mendapatkan keredhaan dariNya. Moga akitviti harian kita sentiasa berada dalam keredhaan dan rahmatNya.

InshaALLAH,

Post pada kali ini, suka saya ingin kongsikan bersama sahabat aplikasi semakan mutaba’ah harian kita. Namun, maaf saya sisipkan, aplikasi ini hanya untuk para pengguna Android sahaja.

Nama sebenar aplikasi semakan mutaba’ah adalah “Ibadah Evaluation”. Dibangunkan secara percuma untuk para pengguna Android, oleh Badr Interactive, sebuah badan pembangun aplikasi dari Indonesia.

Aplikasi “Ibadah Evaluation” mudah untuk digunakan (mesra pengguna) dan mudah untuk diubahsuai akan semakan yang sedia ada.