Monday, April 22, 2013

Terima Kasih ALLAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Barang siapa dikehendaki ALLAH akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah ALLAH menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” [QS Al-An’am, 6:125]
"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni segala dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah, Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." [QS Az-Zumar, 39:53]

Saatku mabuk, fikiranku menghayal, melayang entah kemana, entahkan London mahupun di bulan sekalipun, sambil mendengar rentak lagu disko yang merancakkan gelombang hati membuatku, sama-sama terkinja-kinja berjoget sumbang.

Lantas, aku melihat jam tanganku, dalam kesamaran pandangan, aku melihat sudah hampir jam 2 pagi.

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering,

tit… tit… tit… Ibuku menelefonku.

“Alah, kenapa Ibu call ni, kacau line betul la” Aku bermonolog sendirian.

Pada mulanya, hati ini malas untuk menyambut panggilan ibuku, terasa benar-benar berat untukku menjawabnya, seperti mengangkat batu bukit yang beratnya hampir 1 tan.

Selepas 7 kali, aku membiarkan panggilan ibuku, aku menyambutnya dengan berani, dan nadaku seolah-olah aku tidak mabuk.

“Angah, kat mana ni? Kenapa tak balik lagi? Kan dah pukul 3 pagi ni. Ibu risau tau” Ibuku bertanya dengan nada yang berbunyi marah dan sedih.

“Yelah, yelah orang nak balik la ni” Ujarku dengan hati yang sangat marah terhadap ibuku.
Aku keluar dengan keadaan yang sangat marah terhadap ibuku, dari kelab malam yang penuh dengan cahaya hitam dan ladang kemaksiatan.

“Apa lah Ibu ni, sibuk betulla, kacau line je orang baru je nak high” Monolog sendirianku, membebel sambil menuju ke tempat meletak kenderaan.
 
Dalam perjalanan pulangku, hujan lebat membasahi berderau-derau bumi, seolah-olah alam sedang memarahiku, kerana aku berbuat maksiat dan memarahi ibuku yang sentiasa mengajarkan aku untuk berbuat baik dan berubah.

Dalam kesamaran hujan yang lebat dan dalam kemabukan jelas yang sudah sampai kemuncaknya, aku tertidur dalam pemanduanku, lantas aku terlibat dalam kemalangan.

Sesampainya aku di hospital, aku pengsan di atas katil pesakit dan tidak sedarkan diri saat doktor memberitahu, kaki kananku terpaksa dipotong seluruhnya, bakal menyebabkan aku hilang nikmat kaki kakanku, kerana kerosakan saraf yang teruk.

Tiba-tiba aku tersedar dari pengsanku, dan aku tertanya-tanya,

“Eh, kenapa aku kat rumah ni” Ujarku pelik,

“Astagfirullah, aku mimpi je rupanya” Aku memohon keampun daripada ALLAH.

Rupa-rupanya aku hanya bermimpi, mimpi itu seperti mengingatkan kisah silamku yang begitu dahsyat jahiliahnya.

Aku segera berangkat dari katilku, melihat jam bilikku ternyata tepat 3 pagi, lantas aku bergegas ke bilik air dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat Tahajjud dan solat sunat Witir.

Selepas solat Subuh, aku melihat ke arah ufuk terbitnya matahari, kelihatan cantik kemerah-merahan alam, saat matahari mulai naik,

“Wah, begitu indah alam pagi ni” Monologku teruja dengan ciptaan Ilahi.

Lantas dengan kesegaran pagi yang indah dan suasana pagi yang tenang aku mengucap,

“Alhamdulillah, terima kasih, ALLAH, kerana aku masih diberi peluang untuk hidup dalam menikmati segala nikmat yang aku kecapi daripadaMu” Syukurku kepadaNya.

“Ya ALLAH, tetapkan lah aku dalam jalan yang diredhai olehMu, Amin” Doaku kepada ALLAH sambil menikmati alam pagi yang indah.

Mimpi tadi benar-benar membuatkan aku teringat kisah silam zaman jahiliahku dan kini Alhamdulillah, aku berterima kasih dan bersyukur kepadaNya, atas hidayah yang disandarkanNya padaku, supaya aku keluar dari zaman jahiliahku dan kembali ingat kepadaNya, akan nikmat yang tak terhitung olehNya untukku.

WALLAHu A'lam

Mohamad Ariffin bin Zulkifli
07:35 | Apr 22, 2013
Kolej AB, Universiti Malaysia Sabah | Malaysia
- Ikhlas Senyuman kerana ALLAH - 

4 comments:

  1. InsyaAllah, dengan berimagenasi kita akan mampu melakar cerita yang seolah-olah mengambarkan kisah silam. Teruskan berkarya dengan menyuakan kisah silam yang sarat dengan ibrah kehidupan untuk santapan minda dan hati nurani penggemar nukilan kreatif seperti cerpen.

    DenganNya, kita serahkan segalanya. Dengan ketentuanNya juga, kita masih mampu menghirup deruan angin yg segar tanpa bayaran dariNya. Bersyukurlah kita! Ingat itu.

    Artikal yang ringkas dan santai, namun mesejnya mudah dihadam untuk santapan jiwa-jiwa yang hanya terkesan bila ujian menerpah diri. Itulah hati yang disaluti dosa namun merindui jalan kembali kepadaNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillha, terima kasih ... hebat komennya ^_^

      Delete

Komen dan kritikan membina amat dialu-alukan