Saturday, May 4, 2013

Aplikasi Semakan Mutaba’ah bagi Pengguna Android

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ



Alhamdulillah sahabat sekalian, mari kita sama-sama mengucapkan kesyukuran yang setinggi-tingginya kepada ALLAH SWT, kerana kita masih diberi peluang untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari dalam mengejar misi utama kita, mendapatkan keredhaan dariNya. Moga akitviti harian kita sentiasa berada dalam keredhaan dan rahmatNya.

InshaALLAH,

Post pada kali ini, suka saya ingin kongsikan bersama sahabat aplikasi semakan mutaba’ah harian kita. Namun, maaf saya sisipkan, aplikasi ini hanya untuk para pengguna Android sahaja.

Nama sebenar aplikasi semakan mutaba’ah adalah “Ibadah Evaluation”. Dibangunkan secara percuma untuk para pengguna Android, oleh Badr Interactive, sebuah badan pembangun aplikasi dari Indonesia.

Aplikasi “Ibadah Evaluation” mudah untuk digunakan (mesra pengguna) dan mudah untuk diubahsuai akan semakan yang sedia ada.






Mungkin sahaja ada sahabat yang tertanya-tanya, apa itu mutaba’ah?

Berdasarkan rujukan saya pada beberapa laman sesawang. Definisi mutaba’ah dari sudut bahasa adalah berasal dari kata taba’a, yang bermaksud ikut. 

Walaubagaimanapun, kata ini juga memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). 

Dengan demikian, kata mutaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. 

Oleh itu, yang dimaksud dengan mutaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program (atau ibadah seharian) agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan.

Moga dengan perkongsian ini, kita sama-sama dapat memperbaiki semakan ibadah harian kita hanya untuk ALLAH semata, demi mencari keredhaanNya.

WALLAHu A'lam

Mohamad Ariffin bin Zulkifli
10:35 | Mei 04, 2013
Kolej AB, Universiti Malaysia Sabah | Malaysia
- Ikhlas Senyuman kerana ALLAH -

No comments:

Post a Comment

Komen dan kritikan membina amat dialu-alukan