بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgx_rk4RU3THyJQaBxgQ0H5OrC-D2IHpv940DJATIju9o1hrlTXPiR4jNS3476F6mhr59SQGOgD4CYywvl2GgCUAVXYBsA8NbYaT37jhJmJvTjHjTgt5JLBGc1qVIqAdoHqIgzuDnrG7y8r/s640/Be+You.jpg)
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Mari kita bersama muhasabah kembali, panjatkan kesyukuran yang tertinggi kepada ALLAH SWT, kerana kita masih diberikan nikmat dan peluang yang sempurna untuk meruskan hidup yang penuh dengan cabaran dan ujian,
ALLAH SWT berfirman;
“Apakah manusia
itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan
mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” [QS Al-Ankabut, 29:2-3]
Seorang sahabat saya memberitahu tentang sebuah lagu barat
baru, tetapi lagu tersebut mempunyai ciri motivasi yang tinggi, membuatkan saya
ingin menulis sebuah artikel tentang “Yakin Pada Diri”. Tajuk lagu barat
yang disebut-sebut itu adalah Hall of Fame, nyanyian The Script dan Will
I Am. InshaALLAH, selamat membaca.
InshaALLAH, para pembaca yang dikasihi,
Yakinlah pada diri, elakkan daripada kita kecewa dengan apa
yang ada pada diri kita, ALLAH telah menciptakan kita sesempurna mungkin,
kerana manusia adalah ciptaanNya yang paling sempurna, cukup sifat akal dan
sebagainya.
Kita perlu yakin dengan ALLAH, setiap apa yang Dia ciptakan
mempunyai agenda dan kepentingannya yang tersendiri, hinggakan ulat sampah,
jika kita perhatikan dengan mata kasar, betapa jijik dan busuknya ulat
tersebut, tetapi apabila kita menggunakan akal fikiran yang dinikmatkan ALLAH
kepada kita (manusia), kita mula berfikir tanpa ulat sampah tersebut makin
banyaklah makanan yang telah dibuang, terbazir begitu sahaja.
Para pembaca yang dikasihi,
Kekadang kita sering memikirkan kehebatan orang lain,
sedangkan kita sering kecewa terhadap keupayaan diri kita, perlu diingat
kembali, setiap ciptaanNya ada hikmahnya. Oleh sebab itu, kita perlu muhasabah,
menganalisa kembali diri kita, carilah kehebatan diri, supaya kita turut sedar
betapa hebat ciptaanNya.
Elakkan daripada menganggap diri kita lemah, anggaplah apa
yang ada pada diri kita adalah harapan kita, daripada ALLAH datangnya kita, fikirkan
betapa hebatnya penciptaan Dia, tentulah kita akan fikir kita adalah manusia
yang hebat, tetapi perlu diingatkan jangan sampai timbulnya ria’ dan takabbur.
Oleh itu, para pembaca yang dikasihi,
Fikirkanlah sejenak, keluarlah dari kekangan-kekangan yang
selama ini menjadi sempadan kita untuk menjadi manusia yang lebih hebat,
menapaklah, keluarlah dari kekangan tersebut dalam menerobos sempadan diri,
berbuatlah untuk berubah menjadi yang lebih baik.
ALLAH SWT berfirman,
“Bagi manusia ada
malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari hadapan dan
belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH tidak
mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri
mereka sendiri. Dan apabila ALLAH mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu
kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung
bagi mereka selain Dia.” [QS Al-Ra’du, 13:11]
Yang terakhir sekali para pembaca yang dikasihi, elakkan kita
daripada kecewa terhadap rahmat ALLAH, rahmat ALLAH SWT amat luas, kita perlu
sedar yang pencipta kita tidak pernah meniggalkan kita malah kitalah yang mulai
meninggalkan Dia. Oleh itu, berfikirlah akan kehebatan Dia, agar kelak kita
terfikir betapa hebatnya kita yang telah diciptakan oleh ALLAH SWT, Sang
Pencipta yang hebat. Yakinlah kita hebat dan setiap dari ciptaanNya adalah
hebat.
WALLAHu A'lam
Video Motivasi Believe in Yourself,
Video The Script ft. Will I Am - Hall of Fame,
Mohamad Ariffin bin Zulkifli
10:57 | Apr 11, 2013
Kolej AB, Universiti Malaysia Sabah | Malaysia
- Ikhlas Senyuman kerana ALLAH -
No comments:
Post a Comment
Komen dan kritikan membina amat dialu-alukan